Ibu masukkan gambar masa kita gi Kuantan pada 26 Ogos 2011 bersamaan hari ke-26 puasa. Lepas ambil Abg Long tuisyen sekitar 10.30 pagi kita mulakan perjalanan ke Kuantan. Guna LPT2 yang telah dibuka sejak 22 Ogos 2011. Bermula di Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu di Kampung Gemuroh..perjalanan lancar tapi kena turun di susur keluar Bukit Payung (tak boleh terus ke Bukit Besi sebab laluan masih ditutup) dan naik semula di Persimpangan Bertingkat Ajil terus ke Persimpangan Bertingkat Bukit Besi..tamat LPT2 guna laluan Jabor masuk ke laluan Mak Lagam..sebab nak solat Jumaat di Masjid Geliga, Kemaman. Bagi ibu..laluan biasa melalui Marang-Dungun-Kemaman lebih enjoy .. banyak pemandangan menarik..cuma makan masa berbanding LPT2.
26 Ogos 2011. Jalan2 di East Coast Mall Kuantan. Bergambar di parking lot...sementara tunggu ayah parking. Tak banyak yang dibeli..hanya T-shirt ayah & abg Long. Ibu beli langsir ready made utk tingkap rumah..replace langsir lama yang dah banyak tahun tak berganti..serba ringkas.
Menanti waktu berbuka di Padang MPK 2 Kuantan...suka tengok orang ramai dengan hidangan masing2.
Orang Ganu buka puasa di Kuantan...kali ni tak bawa periuk nasi...semuanya beli...6 bungkus nasi kukus ayam goreng..Alhamdulillah sedap...
Angah & donat. Makan nasi dulu baru boleh makan donat..