Welcome

Let pictures do the talking....
Photobucket

Ahad, 23 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran 2011

Dengan izin Allah SWT,  Majlis Khatam Al-Quran telah berjaya diadakan di Stadium Tertutup, Gong Badak, K. Terengganu. Luqman Firdaus Hakimi turut bersama 8,000 kanak-kanak tadika/prasekolah negeri Terengganu dalam majlis tersebut. Kanak2 berkumpul pada jam 12.00 tengahari dan majlis berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Tanggal 22 Oktober 2011


Makan tengahari sebelum majlis bermula...

Firdaus bersama rakan Tadika Yayasan Islam Terengganu (YITR) Wakaf Tembesu.


Semoga ayat Al-Quran terus bersebati dalam jiwa anak2 ini...


 
 
Acik yang sabar dari awal hingga majlis selesai...
 
 
Barisan insan di hadapan  yang menghalang pandangan kami dan penonton lain...





Selasa, 18 Oktober 2011

Vila Cikgu Megat dan Liza

Hari ni 14 Oktober 2011 kita bersama tok dan toki jalan2 ke Kg. Landas, Hulu Terengganu (Jalan Jerangau-Jabor)...jenguk2 keluarga Mok Cik (Cikgu Liza)...cantik kediaman cikgu....memandangkan vila ni tepi Jalan Jerangau-Jabor..of courselah pemandangan utama adalah  barisan  pokok kelapa sawit ...
Hidangan tengah hari...sambal udang petai, ayam goreng dan sayur campur...sama2 masak...terima kasih daun keladi...


Kami dah nak balik...terima kasih tuan tanah/rumah...ada kelapangan datang lagi...


Ahad, 16 Oktober 2011

Kesayangan Luqman

Ibu masukkan gambar Awang...kucing kesayangan semua....bulu hitam putih... Si Awang Ganu....

Masuk tandas pun ajak Awang temankan...kata Angah Acik..kalau Awang lari dia pun lari...maknanye ada benda la tu..sabar ye Awang...

Masa mula2 kenal dulu...kurus benar Awang....sorok2 Acik belai dan kasi makan...takut kena marah..le ni...berkilo2 ayah beli makanan Awang...bertuah kau Awang...bukan senang En. Aziz nak belanja makan..

Rabu, 12 Oktober 2011

Program Revolusi Target & Skor 5A

Abang Long bakal menduduki UPSR 2012. Usaha perlu untuk berjaya...dengan izin Allah.

8 Oktober 2011 Abang Long bersama rakan SK Gong Badak bersedia menghadiri Program Revolusi Target & Skor 5A yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

Isnin, 3 Oktober 2011

Pesta Konvo UMT 2011

29 September hingga 2 Oktober 2011. Dataran Pesta Konvo Universiti Malaysia Terengganu.



Gerai Pameran Akademik. Gerai ini menawarkan Ujian Psikologi kepada pengunjung yang berminat.

Gerai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Anak2 bersama pelajar SM Kaunseling. Pelajar2 inilah yang telah
mengendalikan Ujian Psikologi.


Salah seorang peserta Pertandingan Karaoke di Pentas Utama. Peserta ini juga merupakan pelajar UMT. Suaranya boleh tahan...sedap didengar.

Di hadapan Dewan Sultan Mizan