Welcome

Let pictures do the talking....
Photobucket

Selasa, 29 November 2011

Sesekali bergulai kawah...

Sempena cuti Maal Hijrah..gulai daging...lauk kegemaran anak2.
Teringat2 gulai kawah ala kelantan.....sambal lada, ulam timun & ikan kering.

Khamis, 17 November 2011

Tahniah UPSR 2011

Farah Anisah dapat 5A. Mak Long dan keluarga ucap tahniah. Next year Luqman Hakim pula...harap dapat buat sebaik Anisah..tahniah untuk Si Comel Anisah...

Isnin, 14 November 2011

Majlis Konvokesyen Kanak-kanak Tadika

Sekitar Majlis Konvokesyen Kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu Gabungan Cawangan Wakaf Tembesu dan Cawangan Ladang pada 13 November 2011 bertempat di Menara Yayasan Islam, Terengganu

 Firdaus menerima sijil daripada Y.B Haji Muhammad Ramli b. Haji Nuh

Wajah riang Firdaus dengan senyuman yang menampakkan barisan giginya

Angah dan Firdaus


Awang dalam kenangan

Perginya Awang.....
Ibu masukkan lagi cerita pasal Awang...kali ni lain sikit ceritanya sebab tiada lagi Awang yang setia menghantar dan menyambut tuannya di depan pintu. Awang tiba2 sakit dan pergi buat selama2nya pada 13 November 2011. Awang kucing yang manja tak pernah meninggalkan sisanya walaupun seharian terkurung. Sayu melihat berkilo makanan Awang yang masih berbaki. Hanya Acik yang sempat membelainya sebelum abah (Pak Dol) menyemadikan Awang di bawah pohon pisang sebelah rumah. Hasrat ibu sebenarnya mahu  menyemadikan Awang di tanah kita di Bukit Bucu tetapi  tidak kesampaian kerana ayah dan ibu balik lewat malam tu..dan Luqman Hakim hanya mampu meraung..dia tak sempat melihat jasad Awang buat kali terakhir sebab tertidur..dan dialah juga yang prihatin  mengusung dan memantau Awang semasa kucing tu sakit. Terima kasih Awang kerana pernah menjadi bodyguard setia...kedatangan Awang tidak disangka pemergiannya juga tidak diduga...belum puas bermanja dengan Awang.....pada mana2 kucing yang rasa2nya seperti Awang datanglah ke rumah kami..kekosongan perlu diisi segera...