Ibu masukkan lagi cerita pasal Awang...kali ni lain sikit ceritanya sebab tiada lagi Awang yang setia menghantar dan menyambut tuannya di depan pintu. Awang tiba2 sakit dan pergi buat selama2nya pada 13 November 2011. Awang kucing yang manja tak pernah meninggalkan sisanya walaupun seharian terkurung. Sayu melihat berkilo makanan Awang yang masih berbaki. Hanya Acik yang sempat membelainya sebelum abah (Pak Dol) menyemadikan Awang di bawah pohon pisang sebelah rumah. Hasrat ibu sebenarnya mahu menyemadikan Awang di tanah kita di Bukit Bucu tetapi tidak kesampaian kerana ayah dan ibu balik lewat malam tu..dan Luqman Hakim hanya mampu meraung..dia tak sempat melihat jasad Awang buat kali terakhir sebab tertidur..dan dialah juga yang prihatin mengusung dan memantau Awang semasa kucing tu sakit. Terima kasih Awang kerana pernah menjadi bodyguard setia...kedatangan Awang tidak disangka pemergiannya juga tidak diduga...belum puas bermanja dengan Awang.....pada mana2 kucing yang rasa2nya seperti Awang datanglah ke rumah kami..kekosongan perlu diisi segera...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan